33 tong dibuang secara haram berisi asid tinggi - JAS

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai penemuian 33 tong berisi sisa bahan kimia yang dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab di kawasan lapang berhampiran Kawasan Perindustrian Gopeng di sini pada Oktober lalu. (Gambar kecil: Rosli)

KUALA KANGSAR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan 33 tong yang dibuang secara haram di kawasan lapang di Kampung Kepayang, Simpang Pulai, Oktober lepas berisi bahan kimia bersifat asid yang sangat tinggi.

Pengarah JAS Perak, Rosli Zul berkata, perkara itu disahkan berdasarkan penilaian dan ujian makmal oleh Jabatan Kimia melalui sampel bahan yang dihantar bulan lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan segera telah diambil JAS terhadap semua bahan berbahaya berkenaan dengan memindahkannya ke lokasi lebih selamat sebelum dilupuskan.

"Kerja melupuskan bahan itu perlu mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.

Iklan

Beliau berkata, tindakan mungkin akan diambil ke atas pemilik tanah kerana cuai hingga kawasan seliaannya menjadi tapak bahan buangan yang tidak sepatutnya.

"Bahan itu masih berada dalam kawasan premis pemilik tanah, ini kerana kita mahu letakkan tanggungjawab kepada pemilik tanah sekiranya tidak menemui pelakunya," katanya.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan, tong berisi cecair bahan buangan terjadual itu telah dibuang di kawasan berkenaan dalam tempoh seminggu sebelum dikesan.

JAS telah mengambil keterangan seorang lelaki berusia 47 tahun selepas ditemukan bersama sebuah lori bermuatan 13 tong kosong di lokasi kejadian, namun dilepaskan dengan jaminan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.