Persediaan untuk berpindah

Iklan
Penduduk Mhd Sharif Jusoh, 62, melakukan persiapan dengan menyediakan sampan di rumahnya sebagai persediaan untuk berpindah selepas air sungai berhampiran melimpah semasa tinjauan di Kampung Paloh Nyior hari ini.

Beberapa kawasan di Terengganu dilanda banjir ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lepas berikutan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang berakhir Mac tahun hadapan.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, sehingga 11 pagi tadi seramai 37 mangsa banjir melibatkan 11 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Kemat dalam daerah Hulu Terengganu.