Melaka sedia pertimbang bajet RM5 juta untuk sukan

Iklan
Shanmugam

MELAKA - Majlis Sukan Negeri Melaka memerlukan peruntukan RM5 juta bagi persediaan dan persiapan awal program ke arah Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Johor.

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka, V P Shanmugam berkata, permohonan bajet itu akan dipertimbangkan kerana ia meliputi elaun jurulatih, elaun atlet, pembelian peralatan, sewa tempat latihan, pakaian, penyertaan pertandingan, pengangkutan dan perbelanjaan lain.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bajet itu penting bagi memperkemaskan dan kesiapsediaan atlet dalam menjalani latihan sebelum menggalas cabaran di temasya sukan berkenaan yang dijadualkan bermula Mac tahun depan hingga Julai 2024.

"Untuk meneruskan kecemerlangan kontinjen Melaka di Sukma 2024, maka kerajaan bersedia menyediakan peruntukan itu.

Iklan

"Ini untuk kita kekalkan semangat atlet berlatih dengan mudah apabila semua fasiliti itu ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka ke -15 di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Khamis.

Shanmugam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek ketika sidang akhbar berkata, laporan yang diterima mendapati banyak kekurangan dari segi fasiliti sukan yang perlu diberikan perhatian untuk kerja dinaik taraf dan baik pulih membabitkan gelanggang futsal, sepak takraw dan padang bola sepak.

Iklan

Menurutnya, baik pulih itu penting untuk dimanfaatkan anak-anak muda sekali gus membolehkan pihak berkenaan mencari pelapis atlet seperti Sukma bermula di peringkat akar umbi.

"Ini kerana kita menyediakan peserta (atlet) Sukma bermula dari peringkat bawah, apabila fasiliti-fasiliti ini berada dalam keadaan baik maka anak-anak kita dapat menggunakannya.

"Bila ada kejohanan-kejohanan mereka akan ambil bahagian di mana MSN serta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) akan memerhati dan membuat penilaian sama ada mereka layak ke peringkat seterusnya bagi pemilihan atlet Sukma," jelasnya.