500 Rela ditempatkan di sempadan negara

Iklan
Saifuddin Nasution - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Seramai 500 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan ditempatkan bagi membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) menjaga keselamatan di lima sempadan negara bermula tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, lima sempadan itu melibatkan pintu masuk di Sabah, Sarawak, Selangor, Kelantan dan Perlis, dan projek penempatan itu kini di peringkat rintis melibatkan 90 anggota sejak November 2020 dan pelaksanaan sehingga 500 anggota pula akan bermula tahun depan.

Iklan
Iklan

"Kalau ikut perancangan masa hadapan jabatan ini, Rela mahu diberi tugas jauh lebih kompleks, berat dan besar. Itu tekad dan kesungguhan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi di ibu pejabat Rela di sini pada Khamis.

Sementara itu, Saifuddin berkata, seramai 188,303 pegawai dan anggota Rela telah diaturgerakkan sejak 15 Oktober lepas hingga kini bagi penugasan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan rondaan di kawasan terkesan banjir di empat negeri.

Iklan

"Secara purata, pada Disember sahaja, seramai 3,173 anggota Rela terlibat membuat rondaan serta menjaga PPS dan pemantauan susulan fenomena monsun timur laut," katanya. - Bernama

Iklan