Rantau bukti kematangan politik Malaysia: Jamil Khir

Iklan
Jamil Khir

ALOR SETAR - Kemenangan BN di PRK Rantau Sabtu lalu menjadi kayu pengukur untuk rakyat memilih dan menilai antara dua buah parti yang mampu memperjuangkan masa hadapan rakyat dan negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun pertandingan di DUN berkenaan turut melibatkan dua calon bebas, namun pertembungan sebenar adalah antara PH sebagai kerajaan dan BN sebagai pembangkang.

Iklan
Iklan

Keputusan yang menyaksikan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya membuktikan beliau adalah calon tepat untuk memimpin rakyat di kawasan itu

"Tahniah saya ucapkan buat Tok Mat ( Mohamad) dan juga pengundi BN dan Pas yang bergandingan bagi membentuk kemenangan ini," katanya menerusi suatu kenyataan.

Iklan

Beliau berkata, PRK di DUN berkenaan merupakan medan ujian ketiga antara PH dan BN bagi tahun ini selepas Cameron Highlands dan Semenyih.

"Bagaimanapun di Rantau amat diperhatikan oleh peminat politik kerana jumlah pengundinya yang amat seimbang antara pecahan pengundi Melayu, Cina dan india.

Iklan

"Pecahan 50-50 antara pengundi Melayu dan bukan Melayu mempunyai tarikan buat penganalisis politik untuk mengukur trend PRU15 yang akan datang" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan BN bukti rakyat semakin tolak PH: Ahmad Zahid

ARTIKEL BERKAITAN: BN menang isyarat rakyat tolak politik fitnah: Mohamad

Dalam pertandingan empat penjuru itu, Mohamad mempertahankan kerusi buat penggal keempat selepas menewaskan tiga pencabarnya.

Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh majoriti 4,510 undi, selepas mendapat 10,397 undi.

Selain Mohamad, PRK itu ditandingi calon PH, Dr S Streram dan dua calon Bebas iaitu suri rumah, R Malar dan bekas pensyarah, Mohd Nor Yassin.