Perancis tak koyak aura Messi

Iklan
Theo Hernandez - Foto: EPA

AURA Lionel Messi tidak mengentalkan Perancis sebaliknya penyandang juara itu bersedia untuk menentang Argentina dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Lusail pada Ahad ini.

Les Bleus menempah tempat ke perlawanan akhir kedua berturut-turut selepas mengatasi Maghribi 2-0 pada separuh akhir di Stadium Al Bayt pada awal pagi Khamis.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Didier Deschamps itu hanya tinggal satu kemenangan lagi untuk menjadi pasukan pertama mengekalkan Piala Dunia sejak Brazil pada edisi Chile 1962 yang melibatkan 16 pasukan.

Namun Argentina yang berstatus juara Copa America 2021 pimpinan Lionel Scaloni dilihat merupakan penghalang terakhir buat Les Bleus dengan azimat Messi memberi inspirasi kepada La Albiceleste sehingga ke tahap ini dalam Piala Dunia terakhirnya.

Iklan

Di sebalik itu, pelbagai pihak menjangkakan Qatar 2022 merupakan pentas terbaik buat Messi merangkul kejuaraan utama bola sepak dunia di kemuncak kariernya selepas kali terakhir dilakukan skuad diketuai Diego Maradona semasa di edisi Mexico 1986.

Namun, bagi Theo Hernandez salah seorang daripada dua penjaring gol Perancis ketika menjinakkan Maghribi menegaskan biarpun Messi tidak mempunyai sebarang ketakutan terhadap anak buah Deschamps, namun juara bertahan itu tidak akan melepaskan trofi kejuaraan tanpa tentangan sengit.

Iklan

"Apabila berada di fasa ini kami akan bekerja lebih keras untuk memenangi perlawanan akhir ini.

"Sekarang kita perlu memikirkan tentang perlawanan akhir. Ya, saya penat tetapi ia bagus untuk memenangi separuh akhir Piala Dunia. Sekarang mari kita pulih untuk perlawanan Ahad.

"Messi tidak menakutkan kita, Argentina adalah pasukan yang luar biasa tetapi kita mempunyai beberapa hari untuk melakukan persiapan lebih rapi bagi mengharungi perlawanan akhir,” kata Hernandez.

Aksi perlawanan akhir ini juga memperlihatkan Perancis mempertaruhkan aura Kylian Mbappe - rakan sepasukan Messi di Paris Saint-Germain (PSG) yang juga membantu dalam gol kedua yang dijelmakan Randal Kolo Muani ketika perlawanan berbaki 11 minit sebelum tamat.