PM mahu perwakilan diplomatik bantu tarik pelabur asing

Iklan
Anwar (tengah) ketika menerima kunjungan hormat Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu di Putrajaya, pada Khamis. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perwakilan diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu, diharap dapat membawa pendekatan lebih segar dalam usaha menarik kembali pelaburan asing ke Malaysia.

Menerusi catatan di laman Facebook rasminya pada Khamis, Anwar memaklumkan, beliau telah menerima kunjungan hormat Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang baharu di Putrajaya pada Khamis.

Iklan
Iklan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 11 perwakilan Malaysia ke luar negara di Istana Negara pada 2 Disember lepas.

Antara yang hadir dalam pertemuan pada Khamis ialah Duta Besar Malaysia ke Vietnam, Datuk Tan Yang Thai; Duta Besar Malaysia ke Jerman, Dr Adina Kamarudin; Duta Besar Malaysia ke Senegal, Datuk Zainal Izran Zahari; Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan, Mohd Adli Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud.

Iklan

Selain itu, Duta Besar Malaysia ke Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman; Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, Ilham Tuah Illias; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Mohammad Azhar Mazlan; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Badli Hisham Adam. - Bernama

Iklan