Kucaimars belum bersedia untuk bercinta lagi

Iklan
Kucaimars

PENYANYI baharu, Kucaimars memberitahu dia masih belum bersedia untuk membuka pintu hatinya selepas putus cinta beberapa tahun lalu.

Menurut Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi, 22 tahun, buat masa ini dia hanya mahu fokus pada karier nyanyian terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

Fasal perhubungan cinta biarlah sampai masa menentukannya.

"Sejujurnya saya masih tak bersedia lagi untuk bercinta semula.

Iklan

"Buat masa sekarang saya nak nikmati dahulu fasa yang mana saya sedang diterima ramai oleh peminat dan orang ramai di luar sana," ujarnya kepada Sinar Harian.

Kucaimars

Kucaimars ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video Kucaimars dan Amir Hasan di Dewan Platinum, UiTM, Shah Alam, Selangor.

Iklan

Diajukan soalan adakah namanya lebih dikenali berbanding bakat, Kucaimars menjawab dengan jujur.

"Saya bermula dengan banyak menghasilkan cover lagu. Habis belajar orang mula nampak saya semenjak tular di media sosial," katanya bersyukur single pengenalan mendapat sambutan hangat daripada peminatnya.