Pemahaman alternatif mengenai pembangunan penting - Sultan Nazrin

Iklan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (depan, tengah) semasa sesi bergambar DI majlis pelancaran buku, Royal Professor Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid’s Vision of Development di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sempena Forum Antarabangsa IKIM ‘Profesor Diraja Ungku A Aziz, Meluaskan Sempadan Pembangunan’, di sini pada Khamis. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pemahaman alternatif mengenai pembangunan adalah penting dalam mengikuti perubahan dinamik global dan cabaran moden yang mengancam asas kemajuan yang telah dicapai, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Sultan Nazrin bertitah, kefahaman yang lebih luas mengenai pembangunan perlu merangkumi aspek luaran dan dalaman seperti intelek, rohani dan ketamadunan.

Iklan
Iklan

"Kita mesti jelas bahawa pembangunan negara dikaitkan bukan sahaja kepada berapa banyak wang yang kita ada atau berapa banyak bangunan moden dan lebuh raya yang boleh kita bina.

"Terdapat negara yang memiliki bangunan canggih terbaik yang boleh dibeli dengan wang, namun pengangguran dan kemiskinan - dalam erti kata kemiskinan ekonomi dan rohani, masih meluas.

Iklan

Sultan Nazrin bertitah demikian pada majlis pelancaran buku, Royal Professor Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid’s Vision of Development di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sempena Forum Antarabangsa IKIM ‘Profesor Diraja Ungku A Aziz, Meluaskan Sempadan Pembangunan’, di sini pada Khamis.

Sambil memberi penghormatan kepada Allahyarham Ungku Abdul Aziz, baginda bertitah, visi dan pendekatan holistik Ungku Abdul Aziz seharusnya mendorong kita untuk memikirkan semula dan mengembangkan pemahaman kita tentang ‘pembangunan’.

Iklan

Sultan Nazrin bertitah, Allahyarham ahli akademik terkenal bukan sahaja ahli ekonomi dan pembina institusi yang cemerlang, tetapi juga pemimpin pemikiran dan pemikir pembangunan yang berpandangan jauh.

"Ungku Abdul Aziz juga diraikan atas sumbangan beliau kepada umat Islam dan kita tidak boleh lupa keprihatinan beliau terhadap hal ehwal Islam dan masyarakat Islam telah membawa idea penubuhan Tabung Haji yang dikagumi seluruh dunia Islam.

"Beliau menerima sepenuhnya dimensi pembangunan dalaman yang lebih rohani, pada masa yang sama mengejar kepentingan material dan duniawi,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, visi sejagat Ungku Abdul Aziz dalam pembangunan dan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kemajuan ekonomi, tetapi harus menjadi motivasi untuk meluaskan sempadan pembangunan supaya lebih menyeluruh dan bertamadun.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Ketua Pengarah IKIM, Prof Dr Mohd Azam Mohd Adli dan bekas Gabenor Bank Negara yang juga anak perempuan Ungku Abdul Aziz, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. - Bernama