Malaysia perlu kaji semula sistem cukai sedia ada

Iklan
Muhammad Ibrahim - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu meneliti semula semua sistem percukaian sedia ada bagi membolehkan pelaksanaan sistem yang lebih komprehensif serta saksama, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Beliau berkata, sistem percukaian yang saksama itu juga perlu melibatkan cukai nilai tambah yang tidak harus dipolitikkan bagi pertumbuhan ekonomi lebih baik.

Iklan
Iklan

Ini penting bagi memastikan Malaysia mempunyai pilihan hasil serta dapat mengelak daripada terjerumus dalam perangkap hutang bagi jangka panjang walaupun paras hutang sedia ada masih rendah kira-kira 50-60 peratus berbanding Jepun serta negara lain yang mempunyai paras hutang lebih 100 peratus.

Implikasi perangkap hutang itu, katanya, tidak hanya merencatkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga pasaran kewangan seperti bon dan ekuiti yang boleh menyebabkan pelabur kurang yakin dengan negara ini.

Iklan

Muhammad berkata, tindakan meminjam secara berlebihan boleh mengundang negatif atau pertumbuhan lebih rendah dan menekankan kepentingan peranan sebagai jaguh dalam pelbagai sektor ekonomi.

"Kita perlukan lebih banyak jaguh (syarikat) seperti Petronas dan Top Glove Corp untuk menjadi jenama global yang tidak hanya dapat mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi tetapi dapat melonjakkan lagi kepentingan negara,” katanya.

Iklan

Sehubungan itu, beliau berkata, pelan yang jelas diperlukan bagi membolehkan entiti menjadi juara kebangsaan.

Muhammad berkata, BNM misalnya, berjaya dari segi menjadikan institusi perbankan berteraskan domestik sebagai kuasa di peringkat serantau.

Usaha itu termasuk transformasi sektor perbankan sebagai industri kompetitif serta berat dalam proses panjang untuk memupuk institusi ini sebagai entiti dan bersaing melangkaui sempadan negara.

Sementara itu, MCEC ke-12 menggabungkan interaksi dalam talian dan fizikal serta padanan perniagaan untuk perusahaan kecil dan sederhana antara Malaysia dan China selain perbincangan lanjut mengenai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). - Bernama