PM beri penghormatan terakhir kepada pengasas Public Bank

Iklan
Anwar Ibrahim tiba di Nirvana 2 pada Khamis untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Teh Hong Piow yang merupakan pengasas Public Bank Bhd. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis memberikan penghormatan terakhir kepada pengasas Public Bank Bhd mendiang Tan Sri Teh Hong Piow di Nirvana Center Kuala Lumpur, di sini.

Perdana Menteri tiba di pusat peringatan itu pada jam 4.50 petang dan menandatangani buku takziah sebelum meluangkan masa kira-kira 15 minit bersama keluarga mendiang.

Iklan
Iklan

Anwar menerusi hantaran di laman Facebook rasminya sebelum ini menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat sektor perbankan dan negara.

Teh meninggal dunia pada jam 10.20 pagi Isnin pada usia 92 tahun.

Iklan

Mendiang mengasaskan Public Bank pada 1965 ketika berusia 35 tahun.

Beliau dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengarah urusan bank itu sejak memulakan operasi perniagaan pada 6 Ogos 1966.

Iklan

Teh melepaskan jawatan CEO dan dilantik semula sebagai pengerusi bukan eksekutif pada 1 Julai 2002 sebelum bersara pada 31 Dis 2018. - Bernama