Peru isytihar darurat selama 30 hari

Iklan
Polis antirusuhan cuba menghalang kemaraan penunjuk perasaan yang mahu menuju ke lapangan terbang di Cuzco. - Foto: AFP

LIMA - Peru pada Rabu mengisytiharkan darurat selama 30 hari di seluruh negara di tengah-tengah protes ganas yang membantah penggulingan bekas Presiden, Pedro Castillo yang turut meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa.

Perintah itu diumumkan selepas hakim memutuskan bekas Presiden berhaluan kiri tersebut akan kekal berada di penjara untuk tempoh 48 jam lagi setelah beliau berdepan tuduhan terlibat pemberontakan dan konspirasi.

Iklan
Iklan

Menteri Pertahanan, Alberto Otarola berkata, langkah tegas yang turut menguatkuasakan perintah berkurung itu diambil kerana keganasan melampau yang dicetuskan peserta protes.

Dina Boluarte yang merupakan pengganti Castillo sekali lagi cuba meredakan ketegangan dengan berjanji untuk mengadakan pilihan raya pada Disember 2023, kira-kira setahun lebih awal daripada yang diumumkan pada akhir minggu lalu. - AFP

Iklan
Iklan