TUARAN - Seorang lelaki rentung manakala dua lagi individu terselamat dalam kejadian kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Tambalagu pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa rentung, Mohd Fairuz Jasni, 38, berada dalam kenderaan jenis Perodua Bezza manakala dua lagi mangsa masing-masing lelaki dan wanita berada di dalam Perodua Myvi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Abd Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.48 petang.
Menurutnya, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lapan kilometer dari BBP Tuaran.
"Terdapat seorang mangsa yang juga pemandu Perodua Bezza dilaporkan rentung manakala dua lagi mangsa di dalam kenderaan Perodua Myvi tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kenderaan jenis Perodua Bezza musnah 100 peratus dalam kejadian nahas dua kenderaan di Kampung Tambalagu, Tuaran pada Khamis.