Bakat 'petah bercakap' Boris Johnson raih RM5.45 juta

Iklan
Johnson terkenal dengan gaya retorik bersahaja. - Foto Agensi

LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson meraih lebih 1 juta pound (RM5.45 juta) kerana memberikan ucapan berbayar sejak beliau meninggalkan pejabat No.10 Downing Street pada September lalu.

Menurut dokumen rasmi diterbitkan laman Parlimen yang menyenaraikan butiran kewangan anggota mereka, Johnson, 58, yang terkenal dengan gaya retorik bersahaja memperoleh bayaran 215,000 pound (RM1.2 juta) hingga 277,000 pound (RM1.5 juta) setiap kali berucap.

Iklan
Iklan

Bekas Datuk Bandar London itu dilaporkan aktif memberikan ceramah kepada jurubank di New York, syarikat insurans di Amerika Syarikat (AS) dan sidang kemuncak anjuran CNN di Portugal serta terlibat acara di India.

Difahamkan, Johnson masih berkhidmat sebagai ahli Parlimen parti pemerintah, Parti Konservatif walaupun beliau mengumumkan peletakan jawatan pada Julai lalu susulan skandal parti sosial ketika lockdown.

Iklan
Iklan

Beliau dikatakan mahu membuat kemunculan semula dalam politik dan bertanding jawatan tertinggi serta berhasrat membawa kemenangan kepada Konservatif pada 2024. - AFP