Agensi kerajaan, syarikat disiasat berhubung dana RM92.5 bilion

Iklan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat lapan agensi kerajaan dan sembilan syarikat berkaitan dana sebanyak RM92.5 bilion ketika era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Khamis.

Sumber SPRM berkata, siasatan dijalankan bagi menyiasat sebarang bentuk ketirisan berhubung pakej rangsangan ekonomi tersebut menerusi operasi yang dijalankan serentak sekitar Lembah Klang.

Iklan
Iklan

"Lanjutan kepada itu, sembilan syarikat pembekal utama telah dikunjungi pegawai penyiasat SPRM bagi mendapatkan dokumen-dokumen yang berkaitan kes," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, bagaimanapun SPRM tidak dapat mendedahkan hasil siasatan atau penemuan sebarang bukti penyelewengan kerana di peringkat awal siasatan.

Iklan

"Kami memerlukan sedikit masa untuk meneliti, mengkaji dan mengesan sebarang bentuk kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan sekiranya ia berlaku," katanya.

Pada Jumaat, SPRM menerusi kenyataan memaklumkan tumpuan siasatan pihaknya berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 billion tanpa tender ketika era pentadbiran kerajaan PN akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion.

Iklan

Menerusi kenyataan tersebut, pihaknya berkata, Kementerian Kewangan menyerahkan butiran berhubung mengenai pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada tahun 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.