4 cedera dalam dua serangan di kemudahan keselamatan di Yala

Iklan
Dua serangan terancang terhadap dua kemudahan keselamatan di Benan Setar, Yala, selatan Thailand pada Rabu, menyebabkan empat anggota terdiri daripada tiga renjer dan seorang sukarelawan cedera. - Foto media sosial

YALA (Thailand) - Dua serangan terancang terhadap dua kemudahan keselamatan di Benan Setar, Yala, selatan Thailand pada Rabu, menyebabkan empat anggota terdiri daripada tiga renjer dan seorang sukarelawan cedera.

Ketua Polis Daerah Benan Setar, Kolonel Sayutee berkata, dalam insiden pertama pada jam 7 malam (waktu tempatan), sekumpulan individu tidak dikenali melontar tiga butir bom paip ke arah Markas Renjer.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam insiden kedua yang juga berlaku pada jam 7 malam (waktu tempatan) hari yang sama, dua lelaki tidak dikenali melepaskan tembakan rambang ke arah Pusat Kawalan Keselamatan dan menyebabkan seorang sukarelawan cedera parah.

Sementara itu, Komander Tentera Bahagian Keempat, Leftenan Jeneral Santi Sakuntanark berkata, beliau telah mengarahkan pihak keselamatan mempertingkatkan kawalan di kem, markas dan pusat kawalan tentera. - Bernama

Iklan
Iklan