SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan sedikit penurunan apabila merekodkan sejumlah 2,377 orang setakat jam 7 pagi Jumaat, berbanding 2,387 pada Khamis.
Sehingga kini, lima negeri yang terjejas iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, melibatkan 728 keluarga.