Jeram Perdah, Bakong 'hot spot' penyeludupan musim banjir

Iklan
Polis dedahkan Kampung Jeram Perdah dan Bakong di Pasir Mas dikenal pasti sebagai 'hot spot' kawasan penyeludupan pada musim banjir. Gambar kecil: Mohd Nasaruddin

PASIR MAS - Polis mendedahkan Kampung Jeram Perdah dan Bakong di sini dikenal pasti sebagai 'hot spot' kawasan penyeludupan pada musim banjir.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kawasan tersebut menjadi pilihan utama penyeludup kerana kedudukannya berhampiran dengan Sungai Golok.

Iklan
Iklan

"Walaupun banjir, aktiviti penyeludupan masih dikesan berlaku terutamanya melibatkan pil yaba.

"Ini berdasarkan tangkapan yang dibuat oleh pihak kami dan ia hanyalah secara kecil-kecilan," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau, kebiasaannya aktiviti tersebut dilakukan sekitar jam 3 hingga 5 pagi kerana penyeludup berjaga malam disebabkan pengambilan pil yaba.

Ujarnya, pihak polis bersama dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) mengambil langkah dengan membuat rondaan menggunakan bot di kawasan berkenaan.

Iklan

Mohd Nasaruddin memberitahu, bagaimanapun aktiviti penyeludupan pada musim banjir terbatas kerana keadaan air yang dalam serta arus deras.

"Pihak kami sentiasa melakukan rondaan di sepanjang pesisir Sungai Golok dan sempadan bagi memastikan tiada sebarang aktiviti penyeludupan berlaku sepanjang Monsun Timur Laut ini.

"Orang ramai juga diminta untuk menyalurkan maklumat jika mengesan berlakunya aktiviti tersebut," katanya.