Bung Moktar naik pangkat, ketuai Umno Sabah

Iklan
Ahmad Zahid dan Annuar pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Pengerusi Umno Sabah yang baharu menggantikan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan senarai empat jawatan Umno Sabah baharu menjawab situasi Umno negeri itu selepas 14 wakil rakyat Umno Sabah termasuk pengerusinya umum keluar parti, hari ini.

Iklan
Iklan

"Timbalan Pengerusi Umno Sabah disandang oleh Datuk Yakub Khan, Setiusaha, Datuk Jeffri Ariffin dan Ketua Penerangan, Datuk Raimi Unggi," katanya dalam sidang media diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, sebentar tadi.

Turut hadir Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Iklan

Hajiji hari ini bersama 13 wakil rakyat umum keluar parti serta-merta dan menjadi wakil Bebas selepas tidak yakin dengan hala tuju Umno di Sabah dan mengambil kira situasi politik selepas PRU14.

Ahli Parlimen terbabit ialah Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang).

Iklan

Bagi Adun, selain Hajiji yang juga Adun Sulaman, lapan lagi ialah Datuk Seri Masidi Manjun (Karanaan), Datuk Isnin Alias (Klias), Datuk Ghulam Haidar Khan (Kawang), Matbali Musah (Lumadan), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Datuk Ariffin Arif (Membakut), Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Japlin Akim (Usukan).

Ahmad Zahid dalam sidang media sama berkata, situasi di Sabah telah dijangkakan namun tidak mematahkan semangat Umno untuk meneruskan pembelaan kepada rakyat negeri itu.

"Perlu dijelaskan bahawa Umno Sabah tidak tergugat walaupun ada dalam kalangan pemimpin di negeri itu isytihar tinggalkan Umno.

"Tindakan segera telah dilakukan menyusun jawatankuasa peringkat bahagian dengan pelan penggantian seperti terkandung dalam perlembagaan parti," katanya.