KUALA LUMPUR - Resorts World Genting menasihatkan pengunjung yang pergi dan balik dari resort itu supaya menggunakan Lebuhraya Karak melalui laluan Genting Sempah susulan insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali.
Dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan di laman webnya, pengendali resort itu berkata, kedua-dua belah jalan masuk ke Resorts World Genting telah ditutup polis susulan kejadian berkenaan.