Dalic harap Modric fikir semula gantung but

Iklan
Dalic (kiri) berharap Modric kekal bersama Croatia beraksi di pentas antarabangsa. - Foto Agensi

KETIKA Croatia bakal membuat perhitungan dengan Maghribi dalam aksi tempat ketiga Piala Dunia Qatar 2022 pengendalinya, Zlatko Dalic mengharapkan pemain tonggaknya, Luka Modric berfikir semula hasrat untuk menggantung but.

Masa depan pemain berusia 37 tahun itu mencetuskan tanda tanya selepas Croatia kalah kepada Argentina 0-3 pada aksi separuh akhir.

Iklan
Iklan

Malah ramai peminat percaya perlawanan tersebut akan menjadi aksi terakhirnya bersama Croatia.

"Jadi ia logik seandainya dia berfikir (mengenai persaraan) kerana ia sesuatu yang sukar.

Iklan

"Saya harap dia dapat kekal bersama pasukan kebangsaan. Sudah tentu keputusan itu perlu dibuatnya sendiri. Kami ada satu lagi perlawanan dan selepas itu, kita akan bercakap mengenainya.

"Tetapi satu perkara yang sukar juga buat saya sekiranya Modric mengucapkan selamat tinggal," kata Dalic.

Iklan

Malah Dalic turut memberitahu ketiadaan Modric bukan sahaja satu kerugian kepada Croatia, malah buat arena bola sepak dunia.

"Kalau Luka (Modric) mengucapkan selamat tinggal kepada skuad negara, sudah tentu ia satu kerugian buat penyokong di seluruh dunia.

"Satu dunia menghormati Luka. Lebih bagus jika dia terus beraksi," katanya.

Sebelum kembali ke Real Madrid, pemain tengah berpengalaman itu mempunyai misi yang perlu diselesaikan iaitu membantu Croatia meraih keputusan positif ke atas Maghribi pada aksi di Stadium Khalifa pada jam 11 malam Sabtu.