Kaki cerun punca runtuhan tanah - Exco

Iklan
Izham pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di tapak kejadian runtuhan tanah di Jalan Genting Highlands-Batang Kali di sini pada Jumaat.

HULU SELANGOR - Siasatan awal tanah runtuh di tiga tapak perkhemahan di Jalan Genting Highlands-Batang Kali di sini akibat daripada kegagalan kaki cerun.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, hasil penelitian dan perbincangan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati tiada tanda cerun retak sebaliknya ia runtuh secara tiba-tiba.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, keadaan cuaca di sekitar lokasi kejadian juga mendapati tiada hujan direkodkan selama dua hari lalu, selain tiada kejadian runtuhan tanah berlaku di kawasan sekitar.

"Pada peringkat awal, kita dapati tiada pergerakan air di bahagian badan cerun tetapi di bahagian kaki cerun memang ada," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke tapak lokasi di sini pada Jumaat.

Iklan

Izham memberitahu, runtuhan tanah itu membabitkan keluasan keseluruhan 225,000 meter padu (m³) dengan anggaran tanah runtuh 500,000 tan.

"Ketinggian runtuhan pula melibatkan kawasan 30 meter (m), selain jarak runtuhan sejauh 150m dan lebar 100m," kata beliau.

Iklan

Sehubungan itu, katanya, sebarang aktiviti perkhemahan di Hulu Selangor akan ditutup kepada orang awam sehingga tempoh dimaklumkan nanti.

"Kerja-kerja menstabilkan cerun akan dibuat segera sebaik operasi mencari dan menyelamat mangsa selesai," kata beliau.