Penyokong Inggeris cemerlang di Qatar 2022

Iklan
Penyokong England dan Wales ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini. - Foto Agensi

PENYOKONG bola sepak Inggeris di Piala Dunia Qatar 2022 disifatkan berkelakuan sempurna susulan tiada sebarang penahanan pemain ke-12 pasukan itu pada kejohanan sukan berprestij dunia itu, kata ketua polis bola sepak United Kingdom (UK).

"Tingkah laku para penyokong England dan Wales di Qatar sememangnya patut dicontohi.

Iklan
Iklan

"Ini merupakan satu penghargaan kepada semua para penyokong England dan Wales yang hadir ke Qatar 2022," kata Ketua Konstabel Mark Roberts dari Polis Cheshire pada Jumaat.

Untuk rekod, tiga penahanan telah dilakukan terhadap penyokong Inggeris semasa penganjuran edisi Rusia 2018 sebelum ini.

Iklan

Edisi Qatar 2022 menyaksikan kehadiran Wales selain naib juara Euro 2020, England menimbulkan kebimbangan berlakunya insiden kekecohan penonton.

Namun Derbi Inggeris, England menentang Wales pada peringkat kumpulan yang berkesudahan kemenangan 3-0 skuad kendalian Gareth Southgate menyaksikan situasi tersebut meleset.

Iklan

"Saya juga ingin memuji semua pegawai UK yang ke Qatar dalam membantu memastikan warga Britain selamat sepanjang empat minggu lalu.

"Secara tradisinya, kami mempunyai beberapa penahanan para penyokong Inggeris di Piala Dunia, tetapi untuk mendapatkan sifar bukanlah sesuatu yang pernah kami lihat sebelum ini," kata Roberts.

Biarpun begitu ramai yang menyifatkan kesukaran untuk mendapatkan minum keras yang dikawal ketat pihak berkuasa Qatar menjadi punca para penyokong Inggeris lebih berdisiplin kali ini.

Bagaimanapun Roberts menegaskan:"Adalah salah untuk mengaitkan sepenuhnya tingkah laku yang sangat baik ini kepada sekatan ke atas alkohol di Qatar, tetapi saya fikir ia telah membantu pada tahap tertentu."

Untuk rekod, Wales gagal melepasi peringkat kumpulan manakala England disingkirkan Perancis pada suku akhir, yang akan menentang Argentina dalam perlawanan akhir pada Ahad di Stadium Lusail.