PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memastikan segala kelengkapan yang diperlukan oleh mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali awal pagi tadi adalah mencukupi.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Timbalannya, Aiman Athirah Sabu telah diarah untuk mengendalikan perkara itu.
"Saya berasa amat sedih apabila mendapat tahu tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali pagi tadi.
"Kementerian bersedia untuk menyediakan apa-apa bantuan dan keperluan kepada mangsa. Semoga dugaan ini dihadapi dengan tabah oleh keluarga mangsa," katanya.
Setakat jam 1 tengah hari tadi, polis mengesahkan seramai 16 orang telah terkorban dalam tragedi yang berlaku pada awal pagi itu manakala 17 masih hilang dan 61 lagi berjaya diselamatkan. - Bernama