Liga bola sepak wanita diperkukuh

Iklan
Suraya (kiri) dan Soleen bersama FAM akan memperkasa liga bola sepak wanita untuk mencungkil bakat-bakat baharu bagi diketengahkan di peringkat antarabangsa. - Foto FB FAM

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menyuntik wajah baharu kepada Liga Wanita Nasional (LWN) menerusi pengenalan saingan lebih kompetitif bagi melahirkan lebih ramai pemain berkualiti pada masa depan.

Liga itu akan dipantau oleh ketua jurulatih baharu skuad wanita kebangsaan, Soleen Al-Zou'bi.

Iklan
Iklan

Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob berkata, liga tersebut dilaksanakan mengikut format 'home and away' dan dijangka menemui penyokong bola sepak negara seawal Mac 2023.

Beliau berkata, langkah proaktif melaksanakan liga berdaya saing kepada wanita adalah sebagai usaha mencari bakat baharu untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa.

Iklan

"Kita tidak mahu lagi tunggu dan terus menunggu untuk melaksanakan liga bola sepak wanita dengan akhirnya kita akan ketinggalan di belakang berbanding negara lain.

"Mungkin pada peringkat awal akan ada kelemahan, namun saya percaya Soleen akan merangka struktur yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini supaya penganjurannya berjalan lancar.

Iklan

Dalam pada itu, Soleen berkata, pemain wanita Malaysia dilhat mampu pergi lebih jauh berdasarkan kepada komitmen dan bakat dipamerkan mereka pada beberapa siri kejohanan baru-baru ini.

"Saya mempunyai dua perancangan jangka pendek dan panjang bagi memperkasa bola sepak ke tahap lebih tinggi dengan matlamat mampu bersaing dengan kuasa besar lain.

"Menjadi keutamaan untuk memastikan program di peringkat akar umbi dan negeri berjalan dengan teratur seterusnya mewakili pasukan untuk beraksi dalam saingan liga wanita kelak," katanya.

Mengikut rekod, liga bola sepak wanita yang bakal diperkenalkan mungkin disertai 12 pasukan mengikut format Liga Super dengan mengharungi 22 perlawanan seperti ditetapkan Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).

Situasi itu berbeza dengan LWN apabila saingan tersebut dibahagikan kepada empat zon dan pasukan bergelar juara akan berentap di pusingan akhir.

Skuad Malayan Tigress ketika ini menghuni kedudukan ke-89 dunia ketinggalan di belakang negara jiran seperti Thailand (41), Vietnam (34) dan Filipina (53).

Vietnam dan Filipina telah berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Dunia Wanita pada 2023 buat kali pertama dalam sejarah.