Tragedi tanah runtuh: Sultan Johor zahir ucapan takziah

Iklan
Foto sumber Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Genting-Batang Kali, awal pagi tadi.

Titah Sultan Ibrahim, baginda amat sedih apabila mengetahui tentang tragedi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya amat sedih apabila membaca berita ini dan berharap seluruh ahli keluarga mangsa-mangsa banyakan bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO), pada Jumaat.

Laporan awal media menyebut kira-kira 100 orang berada di tapak perkhemahan itu yang dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran Father's Organic Farm.

Iklan

Sehingga jam 1 tengah hari, Jumaat, seramai 16 orang dilaporkan maut, manakala 17 mangsa lagi masih belum ditemui.

Iklan