Majlis Perundingan dan Timbang Tara diwujudkan

Iklan
Lima gabungan politik di bawah naungan Kerajaan Perpaduan bersetuju menubuhkan Majlis Perundingan dan Timbang Tara. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Lima gabungan politik di bawah naungan Kerajaan Perpaduan Malaysia bersetuju menubuhkan Majlis Perundingan dan Timbang Tara.

Ia dianggotai oleh setiap wakil daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan.

Iklan
Iklan

Majlis itu berperanan untuk memastikan segala terma yang dipersetujui dalam Perjanjian Persefahaman Kerjasama gabungan lima parti politik itu dapat dilaksanakan dengan cermat dan teratur.

Langkah tersebut bagi menjamin Kerajaan Perpaduan Malaysia dapat beroperasi dengan stabil dan berkesan tanpa menjejaskan dasar, polisi serta orientasi parti-parti yang bersetuju dengan kerjasama tersebut.

Iklan

Sebarang perselisihan dan salah faham hendaklah diselesaikan secara harmoni melalui majlis berkenaan.

Iklan