32 bookie Piala Dunia Qatar dicekup

Iklan
Mohd Shuhaily Mohd Zain

GEORGETOWN - Polis Pulau Pinang telah menahan 32 orang yang disyaki terlibat sebagai ejen bookie pertaruhan dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua tangkapan terdiri daripada 28 lelaki warga tempatan dan empat lelaki warga asing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua lelaki tersebut ditahan dalam 19 serbuan yang dijalankan dalam Op Saga IX yang bermula 19 November hingga 14 Disember lalu.

"Operasi masih berjalan sehingga 21 Disember ini. Setakat 14 Disember lalu, kita berjaya menahan 32 orang dan merampas wang tunai RM64,873, 26 unit telefon bimbit termasuk kad sim, sebuah komputer riba, tujuh buah modem dan tujuh kertas catitan.

Iklan

Tambah Mohd Shuhaily, operasi tersebut dijalankan bagi mengekang sebarang aktiviti perjudian da pertaruhan sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 yang dijangka tamat pada Ahad ini.

"Fokus utama operasi khas ini adalah untuk mencegah dan membanteras semua aktiviti perjudian catit taruh tanpa lesen sah sepanjang kejohanan tersebut.

Iklan

"Kita komited dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu terlibat dalam menganjurkan dan menjalankan aktiviti pertaruhan haram berlandaskan undang-undang sedia ada," katanya.