Aliran air bawah tanah punca tanah runtuh di Batang Kali

Iklan
Keadaan tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Batang Kali. Gambar kecil: Hisamuddin

SHAH ALAM - Punca kejadian tanah runtuh di kawasan tapak perkhemahan di Batang Kali pada pagi Jumaat dipercayai kerana kaki cerun lemah akibat aliran air di bawah tanah.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Hisamuddin Termidi berkata, berikutan itu, bahan homogen muka bumi disifatkan gagal bertahan dan turut runtuh.

Iklan
Iklan

"Keadaan ini sekali gus menyebabkan (tanah) di atas turun dan bahan homogen (tidak dapat bertahan) jatuh sekali," katanya menerusi rakaman video di Facebook JMG pada Jumaat.

Hisamuddin turut memaklumkan keluasan runtuhan yang melibatkan kawasan perkhemahan terbabit.

Iklan

"Besar atau saiz tanah runtuh adalah lebih kurang 500 meter panjang, 200 meter lebar dengan kedalaman lapan meter jadi keseluruhan bahan yang runtuh adalah sebanyak 450,000 cubic meter (m³)," ujarnya.

Setakat jam 5 petang, seramai 19 mangsa disahkan meninggal dunia dan 14 orang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor.

Iklan