Peguam tipu pindah milik tanah bernilai hampir RM1 juta

Iklan
Gambar hiasan

TAMPIN - Seorang peguam ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pindah milik tanah bernilai hampir RM1 juta.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 42 tahun itu dibuat pada Khamis susulan laporan polis dibuat oleh seorang lelaki yang menyedari ditipu ketika proses jual beli tanah seluas 10 hektar(24.8 ekar) di Mukim Tanjung Kling, Rembau.

Iklan
Iklan

"Peguam yang dilantik oleh mangsa memaklumkan ada individu lain yang mendakwa sebagai pemilik sebenar tanah tersebut.

"Malah pemilik tanah itu juga mendakwa tidak tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menguruskan jual beli tanah miliknya,"katanya dalam kenyataan kepada media pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kerugian RM927,340.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam penipuan dengan menjadikan beberapa lot tanah sebagai medium untuk menipu mangsa.

Iklan

"Suspek dipercayai telah memalsukan tanda tangan di dalam surat perjanjian jual beli serta beberapa dokumen pindah milik tanah.

"Sehubungan itu suspek direman empat hari bermula hari ini (Jumaat) di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan" katanya.