Tanah runtuh: 21 mangsa disahkan meninggal dunia - TPM

Iklan
Ahmad Zahid sedang mendengar taklimat terkini berkaitan insiden tanah runtuh di Batang Kali pada Jumaat.

HULU SELANGOR - Seramai 21 mangsa insiden tanah runtuh di Batang Kali disahkan meninggal dunia setakat jam 7.10 malam pada Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini seramai 12 mangsa belum ditemui.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, anggota polis serta Bomba dan semua agensi penguat kuasa sudah dimobilisasikan sepenuhnya dan diketuai oleh Polis Diraja Malaysia.

"Saya sebagai pengerusi Jawatan Kuasa Bencana Pusat akan terus memantau bersama-sama," jelasnya.

Iklan

Ahmad Zahid turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

"Agensi penguat kuasa sedaya upaya akan meneruskan operasi mencari mangsa dengan kaedah-kaedah teknologi baharu dan jentera berat," ujarnya.

Iklan

Menurutnya, kerajaan turut meminta agar tiada aktiviti perkhemahan dilakukan di kawasan berhampiran bukit dan tepi sungai.

"Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan hujan lebat akan bermula esok terutamanya di pantai timur, dikhuatiri hujan lebat di hulu sungai akan menyebabkan kepala air, ia akan melanda di kawasan pertengahan atau kuala sungai," katanya.