Argentina miliki ramuan juarai Piala Dunia

Iklan
Pemain Argentina ketika sesi latihan menjelang perlawanan akhir Piala Dunia Qatar menentang Perancis.

LEGENDA Argentina, Gabriel Batistuta percaya pasukan La Albiceleste itu berada pada prestasi terbaik untuk menundukkan Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 pada Ahad sekali gus muncul juara.

Menurutnya, kelibat Lionel Messi yang berada pada tahap terbaik permainannya juga memberikan kelebihan kepada Argentina menamatkan kemarau kejuaraan sejak 1986.

Iklan
Iklan

"Saya menjangkakan dia lebih tenang, tetapi dia bermain seperti pemain berusia 20 tahun. Ia kerana Messi mahukan kejuaraan dan dia ada di sini untuk menang piala.

"Itu semangat yang pasukan perlukan dan Messi menyebarkan semangat itu kepada semua pemain. Argentina mempunyai segalanya untuk menang piala ini.

Iklan

"Ada sesuatu dalam suasana pasukan iaitu tenaga positif untuk kejuaraan itu menjadi milik Argentina," katanya.

Dalam pada itu, Batistuta juga tidak kisah rekod penjaring terbanyak buat Argentina di Piala Dunia yang dipegangnya sebelum ini telah dipecahkan oleh Messi.

Iklan

"Ia tidak melukakan hati saya dan Messi layak mendapatkannya.

"Messi bukan makhluk asing, dia adalah manusia yang bermain bola sepak lebih baik daripada orang lain. Apabila orang itu melebihi anda, anda tidak boleh sedih," katanya.

Messi berjaya mengatasi rekod 10 gol di Piala Dunia yang dipegang oleh Batistuta apabila dia meledak gol ke 11 ketika kemenangan 3-0 ke atas Croatia dalam perlawanan separuh akhir baru-baru ini.