SEOUL - Agensi cuaca Korea Selatan mengeluarkan amaran salji tebal di kawasan barat negara itu termasuk Incheon dan Daejeon pada Sabtu.
Setakat 7 pagi, kementerian dalam negeri meningkatkan tahap amaran bencana kepada"berjaga-jaga" iaitu ketiga tertinggi bagi sistem empat peringkat, lapor Agensi Berita Yonhap.
Iklan
Iklan
Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA) meramalkan salji setinggi lima hingga 15 sentimeter (cm) melanda bahagian barat wilayah Chungcheong Selatan termasuk Jeolla Utara dan Jeolla Selatan pada Sabtu.
Sementara itu, salji melebihi 20 cm dijangka melanda Pulau Jeju dan kawasan pantai di wilayah Jeolla Utara dan Jeolla Selatan.
Agensi itu turut mengeluarkan amaran salji tebal bagi wilayah Gwangju, Sejong, Chungcheong Selatan dan kawasan pergunungan Pulau Jeju.
Suhu di Seoul mencatatkan bacaan - 8.4 darjah Celcius (°C) pada waktu pagi, manakala Incheon - 7 °C, - 6 °C di Daejeon dan 0 °C di Busan. - Bernama