Remaja hilang ditemui sambil memeluk pokok

Iklan
Norhisham (kiri) yang ditemui pasukan SAR ketika usaha mencarinya di hutan di Kuala Krai. - Foto Bomba

KUALA KRAI - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang dalam hutan di belakang rumahnya di Kampung Temalir, di sini, pada Selasa lalu ditemui sambil memeluk sebatang pokok sekitar jam 10 pagi tadi.

Remaja tersebut, Norhisham Saifudin ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan lemah pada hari keempat kehilangannya.

Iklan
Iklan

Ibu saudaranya, Rosliza Ghani@Hassan, 32, berkata, Norhisyam menceritakan jeritannya meminta tolong tidak didengari sesiapa sehinggalah datuk mangsa melaungkan azan semasa Maghrib pada Jumaat.

Dia berkata, pada masa sama ibunya, Rahaida, 49, turut memanggil nama anak keempat daripada enam beradik itu.

Norhisham terbaring dalam keadaan lemah dan mengalami calar pada badan. - Foto Bomba


"Dia dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami luka calar seluruh badan namun sempat memberitahu dia meminta tolong, tetapi tiada siapa yang mendengar walaupun dia nampak pasukan SAR dan orang kampung mencarinya,” kata wanita itu ketika dihubungi pemberita di sini pada Sabtu.

Iklan

Katanya, Norhisham tidak dapat mengingati apa-apa yang berlaku kepada dirinya sebaliknya bertanya semula kepada keluarga perkara yang terjadi ke atas dirinya.

"Dia dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan.

Iklan

"Kami amat bersyukur dia ditemui selamat,” katanya.

Norhisham dikatakan mengalami halusinasi selepas pulang bercuti di Kuala Lumpur dan tidak tidur selama lima hari sebelum melarikan diri ke dalam hutan pada jam 4.45 petang, Selasa lalu.

Lelaki itu turut memberitahu ada kanak-kanak memanggilnya selain memberitahu ada seseorang menunggunya di hutan.