Banjir: JBPM Kelantan sedia bantu NGO agih sumbangan

Iklan
Anggota Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang membantu Badan Bukan Kerajaan Yayasan Raja Shamri (YRS) menyampaikan bantuan barangan keperluan asas kepada salah seorang penduduk Kampung Padan Licin yang terjejas akibat bencana banjir sejak seminggu lalu. - Foto Bernama

PASIR MAS - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia memberi kerjasama kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu mengagihkan bantuan serta sumbangan kepada mangsa banjir terutama di kawasan penempatan yang sukar diakses.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, pihaknya telah menerima banyak permohonan daripada NGO yang mahu mengagihkan sumbangan dan biasanya program telah diatur sebelum dan selepas banjir melanda.

Iklan
Iklan

"Kita akan bantu dari segi logistik dan tenaga selain mencari lokasi paling sesuai untuk diagihkan sumbangan terutama di kawasan penempatan yang terpencil dan terdapat golongan asnaf," katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan banjir, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata pihaknya tidak akan melupakan misi dan visi utama JBPM dalam membantu masyarakat terutama ketika banjir melanda malah pegawai dan anggota sentiasa bersiap siaga menghulurkan bantuan jika diperlukan. - Bernama

Iklan
Iklan