SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara dilaporkan seramai 1,943 mangsa melibatkan 591 keluarga di enam negeri setakat pukul 4 petang Sabtu.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kesemua mangsa ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Johor dan Sarawak.
Iklan
Iklan
Kelantan mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 1,650 orang melibatkan 513 keluarga dalam satu daerah dengan tujuh PPS telah buka.
Sementara itu empat negeri lain iaitu Pahang, Terengganu, Perak dan Sarawak hanya membuka satu PPS bagi menempatkan mangsa banjir.
Di Terengganu melibatkan 23 mangsa daripada enam keluarga manakala Pahang dengan 141 mangsa (36 keluarga), Perak mencatatkan 15 mangsa (tujuh keluarga) dan Sarawak melibatkan 10 mangsa (tiga keluarga).
Bagi Johor pula, empat PPS telah dibuka bagi menempatkan 104 mangsa daripada 26 keluarga di dua daerah di negeri itu.