Messi sekali lagi jejak kaki ke final Piala Dunia

Iklan
Messi (kanan) dalam pemburuan kejuaraan Piala Dunia pertamanya di Qatar 2022 selepas gagal di edisi Brazil 2014. FOTO: EPA

BINTANG Argentina, Lionel Messi sekali lagi akan menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 dalam misi memburu kejuaraan, selepas memperoleh pingat perak bersama La Albiceleste pada 2014.

Argentina dijadual menentang juara bertahan Perancis di Stadium Lusail, Qatar pada Ahad.

Iklan
Iklan

Qatar mungkin menjadi pentas terakhir untuk Messi yang kini berusia 35 tahun, dengan kejohanan Piala Dunia seterusnya dijadualkan pada 2026.

Pemenang anugerah Ballon d'Or tujuh kali itu telah memenangi setiap trofi utama bersama pasukan Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG).

Iklan

Messi membantu Argentina memenangi trofi Copa America pada 2021 ketika bersama pasukan kebangsaan. Kejohanan itu adalah kejohanan bola sepak terunggul untuk pasukan kebangsaan Amerika Selatan.

Messi telah bermain untuk Argentina sejak 2005 dan menjaringkan 96 gol dalam 171 penampilan di peringkat antarabangsa.

Iklan

Perlawanan akhir 2022 akan menyaksikan pertembungan antara rakan sepasukan PSG, Messi dan Kylian Mbappe.

Argentina, antara pasukan gergasi bola sepak Amerika Selatan memenangi dua kejohanan Piala Dunia pada 1978 dan 1986.