[VIDEO] Dayangku Intan sertai Pas

Iklan
Dayangku Intan (tengah) bercakap dalam sidang media yang diadakan pada Sabtu.

SEREMBAN - Penyanyi popular era 1980-an, Dayangku Intan atau nama sebenarnya Tengku Intan Abdul Hamid mengumumkan menyertai Pas pada Sabtu.

Beliau mengakui tidak sangka bersama Pas kerana selama ini takut dengan parti Islam itu lebih-lebih lagi statusnya sebagai artis.

Iklan
Iklan

"Saya dimomokkan dengan pelbagai cerita tentang Pas. Jadi saya takut, ditambah pula saya seorang artis.

"Tapi mengimbau semula pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), saya sebenarnya banyak di pentas Pas untuk bersama-sama membawa kemenangan kepada PR (Pakatan Rakyat) waktu itu," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar pengumuman penyertaan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin ke dalam Pas.

Jelasnya, ketika itu ramai dalam kalangan Muslimat Pas yang mengajaknya menyertai parti itu tetapi hatinya masih belum terbuka.

Iklan

Tambah Dayangku Intan, keputusannya menyertai Pas bukan untuk mendapatkan apa-apa imbuhan tetapi tertarik dengan cara parti itu.

Penyertaan Dayangku Intan di dalam politik pada awalnya bermula dengan UMNO, namun dia memilih menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2012 sebelum membuat keputusan keluar parti itu selepas PR dibubarkan pada 2015.

Beliau juga pernah bertanding atas tiket PKR di kerusi Parlimen Pengerang, Johor pada PRU13, namun tewas.