SUNGAI BULOH - Sebanyak 14 daripada 24 mangsa meninggal dunia dalam insiden tanah runtuh di Jalan Genting Highland-Batang Kali selesai menjalani proses bedah siasat dan dibawa keluar dari Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, di sini, setakat kira-kira jam 8.30 malam Sabtu.
Van jenazah membawa mangsa terlibat itu dilihat mula meninggalkan pusat perubatan itu secara berperingkat untuk urusan pengebumian bermula jam 4.20 petang tadi.