SHAH ALAM - Pemilik Restoran Hakim di Seksyen 7, Shah Alam, Datuk Hakimsa Abdul Karim berkata, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pihak lain seperti Mahsuri Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) dan Celcom untuk menyemarakkan lagi malam perlawanan akhir Piala Dunia 2022 dengan penajaan dan penyediaan skrin layar besar.
"Setiap kali berlangsung Piala Dunia, akan ada penajaan daripada mana-mana pihak kepada Restoran Hakim. Tahun ini, Mahsuri Dagang dan Celcom sudi memberi sumbangan.