SHAH ALAM - Sebanyak 991 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan dua daripadanya merupakan kes import.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak lima kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dan tiga daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).