Di mana rasa empati, simpati

Iklan
Anggota penyelamat giat mencari mangsa yang hilang dalam insiden tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali sejak Jumaat. - Foto APM Selangor

KETIKA ini, negara digemparkan lagi dengan tragedi menyayat hati. Puluhan mangsa menjadi korban, malah ada juga yang belum dijumpai.

Dalam kekalutan rakyat di beberapa buah negeri yang terpaksa bertarung nyawa menyelamatkan diri dari banjir, tumpuan kini terarah kepada misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

Iklan
Iklan

Sudah pasti ramai sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat yang tampil untuk menghulur bantuan, tidak kurang juga yang hadir ke tempat kejadian bagi memberi sokongan moral.

Namun perlu diingat, kawasan tragedi tanah runtuh tidak sesuai untuk orang awam kerana ia melibatkan soal keselamatan.

Iklan

Tidak semena-mena, timbul pula isu berikutan terdapat beberapa pihak yang tidak diberi kebenaran memasuki kawasan tersebut, antara lainnya sekatan itu didakwa berunsur politik.

Sedih mengenangkan ada golongan seperti ini, masih mahu main sentimen politik ketika pihak lain sedang bertungkus lumus dalam misi SAR.

Iklan

Janganlah semua perkara hendak dipolitikkan, lebih-lebih lagi kejadian yang melibatkan pertarungan nyawa dan keselamatan orang ramai.

Jika benar ingin tawarkan bantuan, berilah sokongan psikososial kepada waris mangsa terlibat, biarkan pasukan keselamatan yang sememangnya mahir dan terlatih untuk laksanakan tugas mereka.

Jadilah rakyat Malaysia yang prihatin, bertoleransi dan beradab. Tidak semua perkara ada kaitan dengan politik.

Banyak lagi cabang bantuan yang boleh disalurkan, jangan buka peluang untuk keruhkan keadaan.

Tiadakah rasa empati, simpati terhadap mangsa? Mereka sedang berduka, kamu pula sibuk mahu mendabik dada.