Tanah runtuh: Usaha cari baki mangsa masuk hari ketiga

Iklan
Petugas penyelamat meneruskan operasi SAR mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali yang memasuki hari ketiga pada Ahad.

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki mangsa bencana tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini masuk hari ketiga pada Ahad.

Antara agensi utama terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Iklan
Iklan

Setakat jam 9 pagi, keadaan cuaca cerah dan baik manakala petugas penyelamat dilihat mula mengatur kembali gerak dalam usaha mencari baki sembilan mangsa yang masih hilang.

Petugas penyelamat mula mengatur kembali gerak dalam usaha mencari baki sembilan mangsa yang masih hilang.

Dalam kejadian pada Jumaat, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 2.24 pagi.

Iklan

Seramai 94 mangsa terlibat dalam tragedi menyayat hati itu.

Daripada jumlah itu, 61 dilaporkan selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dan sembilan masih dicari.

Iklan