Amaran hujan berterusan di 8 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya, buruk dan waspada yang dijangka berlaku di lapan negeri bermula Ahad hingga 20 Disember. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya, buruk dan waspada yang dijangka berlaku di lapan negeri bermula Ahad hingga 20 Disember.

MetMalaysia menerusi Facebooknya memaklumkan, hujan berterusan tahap bahaya diramalkan berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) dan Terengganu.

Iklan
Iklan

Sementara itu, hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada diramalkan berlaku di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar), Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Iklan

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri atau Daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi.

Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri atau Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

Iklan

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.