Hujan Lebat di Terengganu

Iklan

Seorang penduduk, Osman Ibrahim, 37, menyelamatkan seekor lembu peliharaannya ketika kawasan itu dinaiki air berikutan hujan lebat di Kampung Tengkawan, Hulu Terengganu, hari ini.

Penduduk beberapa kawasan di Terengganu diminta bersiap siaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa bagi menghadapi kemungkinan banjir.

Iklan
Iklan

Ia susulan kenaikan paras air sungai di beberapa kawasan di daerah Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu dalam laman media sosialnya memaklumkan, antara stesen mencatat aras air bahaya setakat jam 8 pagi tadi ialah Stesen Sungai Telemong di Kampung Sungai Ping dan Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu. - Foto Bernama

Iklan
Iklan