Runtuhan kecil tanah Taman Kajang Perdana gusarkan penduduk

Iklan
Gambar di lokasi kejadian. Kejadian tanah runtuh kecil dikongsikan seorang pengguna Twitter. - Foto Twitter

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Tragedi di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali pada Jumaat yang meragut 24 nyawa setakat ini membuatkan orang awam lebih peka dengan kejadian tanah runtuh.

Pada Sabtu, seorang pengguna Twitter telah berkongsi kejadian gelongsoran tanah di Taman Kajang Perdana yang didakwa berlaku pada 17 November lalu.

Iklan
Iklan

Pengguna Twitter tersebut telah memanjangkan perkara tersebut untuk perhatian ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

Perkongsian tersebut mendapat maklum balas daripada pengguna media sosial yang meninggalkan komen.

Iklan

Pemilik Twitter @wawancarasemasa berharap, lebih ramai peka dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku dan melaporkan kepada agensi berkaitan bagi mengelak mudarat lebih besar.

"Semoga lebih ramai orang prihatin, laporkan awal dan harap pihak berkuasa dapat bertindak dengan cepat," tulisnya.

Iklan

Selain itu, Syahredzan turut meninggalkan komen bertanyakan lokasi runtuhan tersebut.

Syahredzan ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan, pihaknya mengambil maklum isu tersebut dan sedang mengumpul maklumat untuk tindakan selanjutnya.

"Saya terima aduan dari Twitter semalam dan sedang kumpul maklumat namun belum lagi ke lokasi.

"Benda ini bukan bawah Parlimen tetapi ada agensi-agensi yang terlibat (namun) nanti saya turun, saya tengok," katanya ringkas.