Ummi Nazeera pula tarik diri daripada MN

Iklan
Ummi Nazeera memaklumkan mengenai penarikan dirinya daripada MN menerusi hantaran di Instagram pada Ahad. - Foto Instagram Ummi Nazeera

SHAH ALAM - Pelakon, Ummi Nazeera mengambil keputusan menarik diri sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nurhidayah Zainul Abidin, 32, berkata, dia memutuskan perkara itu selepas mengambil kira kegusaran ramai mengenai penglibatannya dalam dunia politik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia mahu memberi seluruh fokus dalam bidang seni dan juga keluarga.

"Ummi akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga Ummi," katanya dalam satu hantaran di Instagramnya pada Ahad.

Iklan

Pada Sabtu, penyanyi, Datuk Jamal Abdillah mengumumkan menarik diri daripada MN kerana menyifatkan dunia politik tidak sesuai dengan prinsip dirinya sebagai penghibur.

Ummi dan Jamal menjadi bualan ramai susulan nama mereka tersenarai sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN.

Iklan

Sebelum itu, Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan individu yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik, pempengaruh serta melangkaui parti politik yang akan membantunya menggerakkan NGO tersebut.

Sementara itu, menerusi hantaran sama, Ummi turut mengucapkan terima kasih kepada MN kerana melantiknya.

"Terima kasih atas kesudian MN melantik Ummi dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua," katanya.