Tanah runtuh: 21 mayat telah dikenal pasti - Nadma

Iklan
Seorang ibu Beh Su Lee, 59, (dua dari kanan) hampir rebah ketika meninggalkan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini hari ini selepas menuntut mayat empat ahli keluarganya. Foto Bernama

SHAH ALAM - 21 satu mangsa yang meninggal dunia susulan kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor telah dikenal pasti setakat jam 1 tengah hari Ahad.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan berkata, individu tersebut adalah Lim Wei Xin (36 tahun), Hong Mei Jing (38), Nurul Azwani Kamaruzaman (31), Lai Lee Yin (37), Lai Lee Koon (44), Ka Kok Boon (43).

Iklan
Iklan

Turut dikenal pasti, Eng Choon Wen (43), Ka Sin Ya Vanya (6), Lam Sook Man (37), Wong Kim Yap (34), Fong Choy Kee (43), Liu Pei Si (44), Chin Su King (36), Lai Chee Sam (33) dan Gain Choo Yin (35).

Selain itu, enam lagi mangsa melibatkan kanak-kanak adalah Tong Kai En (9), Zech Loh Qi Yi (7), Eng Huai Yi (12), Ng Yee Tong (11), Daniel Khor Yen (5) dan Wong Zi Hang (1).

Iklan

Menurut Nadma, proses bedah siasat untuk semua 24 mayat yang dijumpai telah selesai dijalankan.

Tambahnya, proses mengenalpasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi tiga kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, dan pengecaman pihak waris pada wajah atau pun barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.

Iklan

"Tiga daripada 24 mangsa yang meninggal dunia sedang dikenal pasti melalui kaedah-kaedah ini,” katanya pada Ahad.

Selain itu, Nadma turut mengeluarkan status bagi lapan mangsa yang dirawat.

Daripada jumlah tersebut, lima daripadanya telah dibenarkan keluar dan tiga iaitu Tan Ei Ein (43), Ling Zi Xuan (19) dan Loh Teng Shui (44) masih menerima rawatan.

"Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” ujarnya.