Tujuh maut, tiga hilang tragedi kebakaran di Filipina

Iklan
Tujuh orang dilaporkan terkorban dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Manila pada pagi Ahad. -Foto Muntinlupa City Public Information Office

MANILA - Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan terkorban dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Manila pada pagi Ahad.

Kebakaran yang tercetus sekitar 9 pagi waktu tempatan di bandar Muntinlupa berjaya dipadamkan 23 minit kemudian, kata seorang anggota bomba Eugene Briones.

Iklan
Iklan

Menurut siasatan awal, 10 anggota keluarga dilaporkan tinggal di rumah itu dan bomba sedang mengesan tiga lagi yang dilaporkan hilang.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran. - Bernama

Iklan
Iklan