KUALA LUMPUR - Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas meraikan Tahun Baharu Tamil di sebuah kondominium di Jalan Gasing Indah, Petaling Jaya di sini, semalam telah ditemui. Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Konisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan penemuan Natshatra Navinata,15, dan Divyaa Munian, 16, pada kira-kira jam 7 petang ini.
"Kedua-dua mereka telah ditemui dan polis sedang menemubual mereka sebelum pemeriksaan kesihatan dibuat,” katanya.
Iklan
Iklan
Sementara itu ibu Natshatra, Sheila Manikam mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari anaknya dan Divyaa.
"Mereka ditemui selamat... terima kasih kepada semua,” katanya.
Media hari ini melaporkan Natshatra dan Divyaa hilang sejak semalam selepas Divyaa dikatakan menempah Grab untuk pulang ke rumahnya dan Natshatra menemankannya hingga ke lobi kondominiumnya.
Tempahan Grab itu dibatalkan dan kedua-dua mereka tidak pulang ke rumah.- Bernama
Artikel Berkaitan